Beberapa mangsa yang ditemui menyifatkan bencana alam yang melanda kampung mereka itu antara banjir terburuk dilalui dalam tempoh lebih 50 tahun itu.
Kenaikan paras air secara mendadak itu menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda dan sebahagian rumah hanya tinggal bumbung.
Jelas mereka, lazimnya setiap kali banjir hanya air bah yang meneggelamkan kediaman, namun kali ini ia beserta dengan lumpur tebal.
"Banjir baru ni memang lebih besar daripada 2014. Kali ini ia datang sekali dengan lumpur.
"Paras air juga tinggi daripada 2014, saya pun tak sangka naik setinggi ini," kata seorang penduduk Muhammad Irfan Zulkarnain.
Insiden banjir besar itu juga menyebabkan beberapa penduduk terpaksa menanggung kerugian besar selepas kediaman mereka rosak dan musnah dibadai banjir.
Jelas mereka meskipun sedih dengan kejadian itu namun mereka reda kerana insiden itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.