Kenyataan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 4.59 petang sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan dibantu BBP Wakaf Tapai ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi didapati tanah runtuh telah menghempap rumah. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 5.17 petang tadi.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah mengaktifkan Unit STORM (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) ke lokasi. Kerja-kerja operasi sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA