Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Astro Arena
Fri Jan 24 2025
Aaron-Wooi Yik (kiri) menewaskan Min Hyuk-Won Ho 21-19, 21-15 dalam masa 41 minit manakala Man-Tee (kanan) mengatasi Arif-King 21-15, 21-16 dalam masa 32 minit. - Foto Stadium Astro
SATU slot pertarungan akhir Masters Indonesia sudah pasti menjadi milik Malaysia apabila pertemuan sesama sendiri beregu lelaki Malaysia dalam aksi separuh akhir hari ini.
Dua pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini setelah menewaskan lawan masing-masing malam tadi.
Aaron-Wooi Yik tampil bertenaga menewaskan pasangan beregu lelaki Korea, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho 21-19, 21-15 dalam masa 41 minit.
Manakala Man-Tee unggul mengatasi satu lagi pasangan negara dalam aksi suku akhir, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-15, 21-16 dalam masa 32 minit.
Aksi separuh akhir beregu lelaki tersebut dijadualkan pada Sabtu, 25 Januari 2025 jam 6:30 petang waktu Malaysia. - StadiumAstro