IPOH: Tiga lelaki cedera, termasuk seorang hampir putus kaki apabila alat pemadam api meletup di sebuah rumah kedai di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.09 petang itu, mereka dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengisi semula alat pemadam api apabila salah satu daripadanya meletup.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati tiga orang mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan letupan alat pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, salah seorang mangsa mengalami kecederaan parah dengan bahagian kakinya hampir putus.
Katanya, anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang terlibat sebelum diserahkan kepada ambulans dan dihantar ke hospital.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 05 2021

Ketiga-tiga mereka dikatakan sedang melakukan kerja mengisi semula alat pemadam api apabila salah satu daripadanya meletup. - Gambar/ JBPM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan
Kejadian menyebabkan mangsa bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.

Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir
Isteri lelaki berusia 50-an turut campur dalam pergaduhan tersebut dengan membaling telur ke arah pengadu dan rakannya.

Malang tidak berbau! Ini 10 alat kecemasan perlu sentiasa ada dalam kereta
Dengan adanya kit kecemasan, anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan dengan baik.

Alat pemadam api meletup, tiga cedera, seorang hampir putus kaki
Tiga lelaki cedera, termasuk seorang hampir putus kaki apabila alat pemadam api meletup di sebuah rumah kedai di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, dekat sini, hari ini.

Juruteknik maut alat pemadam api meletup
Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.

95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur.