Kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dari Januari hingga 16 Nov tahun ini, didapati meninggal dunia ketika sedang tidur, kata Penolong Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Hamdan Wahid.
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur.
Hamdan berkata mengikut statistik kematian akibat kebakaran di rumah kediaman dari awal Januari hingga 16 Nov ini, juga menunjukkan peningkatan kepada 122 kes kematian direkodkan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 80 kes.
"Peratusan ini meningkat akibat kecuaian dan juga kealpaan penghuni kerana mengambil ringan soal keselamatan di dalam rumah dengan tidak menyediakan alat pengesan asap dan juga alat pemadam api di kediaman mereka.
"Oleh itu pihak bomba sedang giat melakukan 'jangkau luar' untuk menyampaikan maklumat kepada anggota masyarakat dengan memberikan taklimat dan kempen serta memberi 'alat pengesan asap' dan 'alat pemadam api' untuk diletakkan di dalam rumah'," katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembinaan Rumah, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), My Beutiful Neighbourhood di sini, hari ini.
Turut hadir bagi merasmikan majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar dan Pengarah JBPM Negeri Sembilan Norazam Khamis.
Mengulas lanjut, Hamdan berkata sekiranya terdapat mana-mana persatuan ataupun komuniti yang berhasrat untuk mendapatkan taklimat mengenai tindakan awal jika berlaku kebakaran, mereka diminta datang ke balai bomba berdekatan dan memohon pihak bomba memberikan taklimat atau ceramah di kawasan kediaman mereka.
Sementara itu, Hamdan berkata sejak 2012, sebanyak 180 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran telah dibina semula di bawah program pembinaan semula rumah NBOS, My Beautiful Neighbourhood dengan kos keseluruhan sebanyak RM7.28 juta.
Beliau berkata objektif bagi projek pembinaan semula ini ialah membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah supaya ada tempat untuk berteduh selepas rumah mereka musnah dijilat api.
"Tidak semua rumah yang terbakar, pihak bomba akan bina semula tetapi perlulah menepati kriteria yang ditetapkan contohnya seperti di kawasan luar bandar kerana rumah mereka tiada perlindungan insurans berbanding di bandar.
"Ini juga adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat pihak bomba kerana rumah ini telah dibina oleh anggota kami sendiri yang memiliki kepakaran dalam pertukangan tanpa mengambil sebarang upah," katanya.
Hamdan berkata kos pembinaan sebuah rumah dianggarkan RM30,000 ke RM40,000 yang hanya mengambil kira kos membeli bahan binaan.
Rumah yang dibina semuanya memiliki tiga bilik tidur dan satu ruang tamu serta dua bilik air.
Pada majlis itu kunci rumah diserahkan kepada Maimunah Husin yang rumahnya di Mukim Si Rusa, Telok Kemang, di sini, terbakar pada April lepas dan telah dibina semula oleh pihak bomba dalam masa 40 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
![95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur 95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511013723_HairudinAbuBakar.jpg)
Tun Hairudin (kiri) merasmikan penyerahan rumah sambil diperhatikan Hamdan (dua, kanan) dan Norazam (kanan) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program NBOS Jabatan Bomba di Mukim Si Rusa hari ini. --fotoBERNAMA
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687241425_LeeWaiPeng.jpg)
Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan
Kejadian menyebabkan mangsa bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.
![Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656219148_Lelakiditahankes.jpg)
Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir
Isteri lelaki berusia 50-an turut campur dalam pergaduhan tersebut dengan membaling telur ke arah pengadu dan rakannya.
![Malang tidak berbau! Ini 10 alat kecemasan perlu sentiasa ada dalam kereta Malang tidak berbau! Ini 10 alat kecemasan perlu sentiasa ada dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/81519300594_carjack.jpg)
Malang tidak berbau! Ini 10 alat kecemasan perlu sentiasa ada dalam kereta
Dengan adanya kit kecemasan, anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan dengan baik.
![Alat pemadam api meletup, tiga cedera, seorang hampir putus kaki Alat pemadam api meletup, tiga cedera, seorang hampir putus kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620223139_Alatpemadamapi.jpg)
Alat pemadam api meletup, tiga cedera, seorang hampir putus kaki
Tiga lelaki cedera, termasuk seorang hampir putus kaki apabila alat pemadam api meletup di sebuah rumah kedai di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, dekat sini, hari ini.
![Juruteknik maut alat pemadam api meletup Juruteknik maut alat pemadam api meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606057807_PemadamApi.jpg)
Juruteknik maut alat pemadam api meletup
Seorang juruteknik elektronik maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup.
![95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur 95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511013723_HairudinAbuBakar.jpg)
95 peratus daripada mangsa kebakaran maut, semasa sedang tidur
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran ialah pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi yang mana ketika itu mangsa sedang nyenyak tidur.