APABILA berlaku kerosakan, kita haruslah ambil langkah sebaiknya untuk bersedia menghadapi kemungkinan tersebut.
Disebabkan itulah beberapa alatan perlu anda dan dibawa sepanjang masa. Dengan adanya kit kecemasan, anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan dengan baik.
Tahukah anda, kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan adalah akibat kerosakan yang remeh dan biasa seperti bateri tidak berfungsi atau berlakunya kebocoran pada tayar?
Jika anda sentiasa bersedia, masalah ini boleh diatasi dengan baik dan cepat.
Jadi apakah kit kecemasan serta alatan yang perlu sentiasa dibawa di dalam kereta?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah:
1. Pengecas Telefon Pintar Kereta
Nampak macam tak berapa penting. Tapi bayangkan telefon pintar anda sudah hampir habis bateri. Kereta pula tersadai sebab tayar bocor atau kerosakan lain. Jadi di sinilah pentingnya pengecas telefon pintar dalam kereta.
2. Kit Pertolongan Cemas
Bila berlaku kemalangan kecil yang boleh menyebabkan kecederaan, anda boleh melakukan rawatan awal sebelum ketibaan bantuan atau ambulans.
Antara alatan penting dalam kit pertolongan cemas ialah pita pelekat, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik dan pelbagai bantuan perubatan lain.
3. Alat Pemadam Api
Antara yang paling ditakuti ialah kereta terlibat dengan kebakaran. Jadi anda perlu bersedia hadapi segala kemungkinan. Pastikan anda pilih alat pemadam api yang sesuai untuk kenderaan komersial sahaja.
4. Tiga Segi Amaran Reflektif
Kebiasaannya apabila anda membeli kereta baharu, tiga segi amaran reflektif ini akan disediakan. Namun jika tiada anda boleh membelinya di pasaran.
Penggunaannya sangat penting terutamanya apabila kereta tersadai di tepi jalan bagi memberitahu pengguna jalan raya lain.
5. Kabel Jumper
Sediakan wayar jumper yang berukuran kira-kira 10 kaki dan disalut dengan getah mampat. Jumper ini penting jika bateri kereta anda bermasalah.
6. Lampu Suluh
Pelbagai kegunaan yang boleh anda guna lampu suluh, terutamanya pada waktu malam.
7. Sarung Tangan
Bagi memudahkan dan elak tangan melecur semasa anda melakukan pemeriksaan di bahagian enjin kereta.
8. Alat Utiliti Serba Guna
Pisau Swiss Army yang ada banyak pelbagai pilihan kegunaan.
9. Baju Hujan
Persediaan jika kereta rosak pada cuaca hujan.
10. Car Jack Kit
Tanpa kit ini anda tidak boleh menukar tayar spare kepada tayar yang bocor.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Tue Nov 23 2021
Antara yang perlu dibawa ialah car jack kit untuk membantu anda menukar tayar yang bocor. -Gambar fail/shutterstock
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
Waran ICC langkah kritikal mempertanggungjawab pemimpin Israel - BDS
BDS menyeru negara agar mengambil tindakan lebih lanjut dengan memenuhi kewajipan mereka untuk mengenakan sekatan sasaran ke atas Israel.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
Tumpuan Jumaat – 22 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
iPhone 17 Slim sekali lagi dikatakan akan ganti siri 'Plus', hadir dengan hanya satu kamera
Mengikut laporan baharu, iPhone 17 Slim dikatakan akan kekal menyertakan 8GB RAM dalam memudahkan pengguna menggunakan Apple Intelligence melaluinya.
[KOLUMNIS] Kembalikan kegemilangan permainan rakyat di rumah
Permainan rakyat dilihat mampu melahirkan anak-anak yang positif dari segi perkembangan emosi, rohani, dan intelek.
NACSA sedia hadapi ancaman siber lebih kerap tahun depan
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bersedia menghadapi sebarang ancaman siber yang dijangka berlaku secara lebih kerap pada tahun depan.
Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.
Guna aplikasi penjejak pantau pergerakan ahli keluarga - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar orang ramai menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit masing-masing untuk memantau pergerakan ahli keluarga dan kanak-kanak.
LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.