Seperti diperkatakan sebelum ini, kini hadir laporan baharu menekankan yang mana iPhone 17 akan memperkenalkan sebuah model baharu yang menggantikan iPhone Plus, iaitu iPhone 17 Slim.
Nama akhirnya tidak dipastikan lagi, di mana ada yang memanggilnya dengan nama iPhone 17 Slim, dan ada juga yang mengatakannya sebagai iPhone 17 Air.
Seperti pada namanya, kita boleh menyasarkan rekaan peranti yang nipis, dan dikuasakan dengan cip Apple A19 padanya.
Mengikut laporan baharu, iPhone 17 Slim dikatakan akan kekal menyertakan 8GB RAM dalam memudahkan pengguna menggunakan Apple Intelligence melaluinya.
Satu lagi perkara yang turut ditekankan melalui laporan baharu ini adalah iPhone 17 Slim akan menggunakan hanya satu kamera belakang, iaitu kamera 48-megapixel di belakang.
Untuk swafoto pula, ia akan menyertakan kamera 24 megapixel.
Dengan langkah pengenalan Slim juga, ia dijangka akan menggantikan sepenuhnya model iPhone Plus – selepas model berkenaan menggantikan iPhone Mini sebelum ini.
Mungkin dengan penawaran khusus yang menyertakan rekaan nipis ini, ia akan menyasarkan peminat baharu, dan bukan sekadar perbezaan pada saiz skrin semata.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan iPhone 17 Slim pada 2025 kelak. -Amanz