SEREMBAN: Hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini mendakwa dia dimarahi.
Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.
Menceritakan kejadian, Wai Peng berkata, mereka yang dilihat berusia lingkungan 20-an dan 40-an datang ke restorannya memberitahu dari sebuah syarikat membekal dan menyelenggara alat pemadam api.
"Mereka minta untuk memperbaharui alat pemadam api di restoran saya yang telah hampir tamat tempoh.
"Bila saya beritahu telah memperbaharuinya dengan syarikat lain, mereka seperti gangster memarahi sambil menengking saya sehingga menakutkan pelanggan yang ada waktu itu," katanya pada sidang akhbar bersama Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon pada Selasa.
Malah katanya, lelaki terbabit turut memberitahu penyelenggaraan alat pemadam api di kawasan Bukit Kepayang di bawah kuasa mereka.
Wai Peng bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan menjelaskan, menjadi haknya untuk menggunakan perkhidmatan sesiapa yang diingini.
"Selepas itu mereka tunjukkan isyarat tangan sambil berkata 'u jaga tau'. Mereka seolah-olah mengugut saya.
"Sepanjang 10 tahun berniaga, ini pertama kali saya berdepan kes sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Tan Lee Koon menasihatkan pemilik premis yang berdepan insiden sama agar tampil membuat laporan polis.
Ujarnya, tidak sepatutnya kontraktor yang menyediakan perkhidmatan itu memaksa pemilik premis menggunakan perkhidmatan mereka.
"Kalau ada keraguan boleh semak senarai syarikat kontraktor yang diberi tauliah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," jelasnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 20 2023
Lee Wai Peng menunjukkan laporan polis dibuat kepada Nicole Tan Lee Koon. - Foto Sinar Harian
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan
Kejadian menyebabkan mangsa bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.