KUALA LUMPUR: Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini menegaskan, adalah menjadi pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa Akta 750 telah dibuat dan diluluskan oleh Parlimen secara sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.
"Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memastikan hak kedaulatan Malaysia termasuk perairan Malaysia sentiasa dilindungi," menurut kenyataan itu bagi mengulas beberapa laporan akhbar, yang menyatakan DUN Terengganu telah menolak pemakaian Akta 750.
Kenyataan itu memaklumkan tujuan Akta 750 digubal adalah bagi mengadakan peruntukan mengenai laut wilayah Malaysia dan memelihara keutuhan sempadan wilayah dan hak kedaulatan Malaysia, serta bagi menjamin keutuhan keselamatan dan integriti wilayah.
Menurut kenyataan itu penggubalan akta tersebut juga adalah bagi memenuhi obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS).
"Selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI, sekali lagi dinyatakan di sini bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan peruntukan pembangunan kepada semua negeri termasuk Terengganu," menurut kenyataan itu.
Khamis lepas, Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika, iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sidang DUN menolak Akta Laut Wilayah 2012, kerana ia membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Khamis lepas, Terengganu dilaporkan telah menolak Akta 750 yang mengehadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika, iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Tumpuan Jumaat - 10 Mei 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EAEU menjadi pusat kuasa bebas dalam dunia multipolar, kata Putin
Putin menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.
10 Berita Pilihan - (09 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight: Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
Tomorrow's Charity Shield match between Johor Darul Ta'zim (JDT) and Selangor FC (SFC) has been cancelled after the Red Giants pulled out of the game.
AWANI Tonight: The first batch of Malaysian Hajj pilgrims arrive in Medina
A total of 282 Malaysian Hajj pilgrims arrived at the Emaar Royal Hotel in Medina on Thursday, with seven buses transporting them to the accomodation zone managed by Tabung Haji.
AWANI Tonight: Astro AWANI releases AI guideline, JIWA
Astro AWANI announced the release of its AI Guideline, JIWA for the editorial team.
Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Cahaya pelita hiasi 10 malam terakhir Ramadan
Suatu ketika dulu, memasang pelita atau panjut menjadi sebahagian rutin penduduk pada malam tujuh likur.
Harga martabak hanya 40 sen pada 1987
Seorang peniaga martabak yang berpengalaman menjual juadah itu sejak 30 tahun lalu mengakui makanan tersebut pernah dijual serendah 40 sen pada 1987.