Seorang pekerja syarikat jenama sukan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik kandungnya menggunakan sebilah parang pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Azli Yusof, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik kandungnya, Nazmi Yusof, 38, dengan sebilah parang di No 1720, Jalan Sekolah Rendah, Kampung Kota Setia, Perak Tengah kira-kira jam 5 petang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu dan penjara suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu di bawah hukuman asal jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam K. Nathan.
Naidatul Athirah memohon mahkamah supaya tidak membenarkan jaminan memandangkan tertuduh merupakan abang kandung mangsa dan dikhuatiri jaminan diberi akan menyebabkan kacau ganggu terhadap mangsa.
Nathan kemudian merayu jaminan diberi dengan syarat tambahan, tertuduh tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes.
Tertuduh kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dia didakwa melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020.
Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dari tarikh ditangkap pada 26 April lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fairoz Abd Mutalib, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Parveen Sharma Krishnan.
Pada Sabtu, Astro AWANI melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang menetak adik kandungnya dengan parang panjang di rumah ibu mereka di Jalan Sekolah Kebangsaan Kota Setia, Teluk Intan pada petang Jumaat.
Kejadian jam 7 petang itu berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mereka selepas suspek bertindak memarahi ibunya sehingga menangis.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 30 2020

Tertuduh, Azli Yusof tidak mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik kandungnya menggunakan sebilah parang pada Jumaat lalu. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.