Perak sekali lagi merekodkan kes keracunan makanan membabitkan pelajar sekolah apabila 70 pelajar asrama Sekolah Menengah (SM) Poi Lam dikejarkan ke hospital setelah muntah-muntah selepas menjamah makanan kantin pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 49 merupakan pelajar lelaki dan 21 adalah pelajar perempuan yang telah dikejarkan ke lima klinik swasta manakala seorang lagi telah dimasukkan ke hospital.
Pejabat Daerah Kesihatan Kinta dalam kenyataan medianya berkata, kantin asrama sekolah telah diarah tutup operasinya dengan serta merta berikutan insiden tersebut.
"Hasil siasatan mendapati empat daripada enam pekerja dapur asrama sekolah terbabit tidak mempunyai suntikan typhium dan tidak menghadiri kursus pengendalian makanan.
"Siasatan juga mendapati bahan pencuci telah disimpan bersama dengan bahan makanan di dalam rak simpanan makanan," kata kenyataan itu.
Kes keracunan pelajar sekolah SM Poi Lam ini merupakan yang terbaharu setelah beberapa kes keracunan melibatkan pelajar asrama sekolah sejak beberapa minggu lalu.
Rabu lalu, seramai 53 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan yang disediakan pengendali makanan di dewan makan kolej tersebut.
Ahad lalu, seramai 52 pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng menerima rawatan di hospital setelah mengalami simptom keracunan makanan selepas makan di cafetaria kolej berkenaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dr Juita Ghazali berkata, sebanyak 10 kes keracunan makanan direkodkan di sekolah di Perak sepanjang bulan ini.
Isnin lalu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu Kementerian Pendidikan lebih tegas dalam hal pengendalian makanan di asrama sekolah bagi membendung kes keracunan serta memastikan keselamatan pelajar asrama terjamin.
Dalam perkembangan sama, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta juga telah mengeluarkan notis kompaun RM1,000 kepada pihak pengurusan makanan dapur asrama sekolah berkenaan di bawah Akta Makanan 1983 mengikut Peraturan (11) Kebersihan Makanan 2009.
Mazni Mustafa
Sat Aug 27 2016
Daripada jumlah itu, 49 merupakan pelajar lelaki dan 21 adalah pelajar perempuan yang telah dikejarkan ke lima klinik swasta manakala seorang lagi telah dimasukkan ke hospital.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Keracunan makanan: Pengusaha kantin SK Chepor akan didakwa - Exco
Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor bakal dikenakan tindakan perundangan susulan kejadian keracunan makanan 25 Sept lepas.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.
86 murid SK Chepor keracunan makanan
Difahamkan, kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut, muntah, cirit birit dan sakit kepala selepas makan beberapa jenis makanan ketika waktu rehat.
JKNT rekod 33 episod keracunan makanan setakat Ogos lepas
Sebanyak 33 episod keracunan makanan direkodkan di Terengganu sejak Januari hingga Ogos lepas.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Keracunan makanan: Perkhidmatan pengusaha kantin SBP tamat November ini
Pengarah JPNT Jelani Sulong berkata sebelum ini pengusaha itu telah mengemukakan permohonan untuk menyambung kontrak selama setahun lagi.
Telur goreng disyaki punca keracunan makanan di SBP
Keracunan makanan melibatkan 32 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Terengganu disyaki berpunca daripada telur goreng yang didakwa telah berubah bau dan rasa.
51 pelajar Kolej Profesional Mara keracunan makanan
Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar berkenaan menikmati sajian di tujuh kafe di institusi terbabit