KUALA LUMPUR: Sejumlah 7,447 kes kebakaran struktur dicatatkan tahun lepas dengan 60 peratus daripadanya disebabkan oleh punca elektrik, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Mohd Zaid Abd Ghani, Penguasa Kanan Bomba I Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM berkata angka itu merupakan yang tertinggi sejak 2018, melibatkan 804 kedai, 408 kilang, 263 kemudahan penyimpanan, 200 pejabat dan lain-lain struktur bangunan dan premis kediaman.
Beliau berkata laporan paling kerap diterima ialah yang disebabkan punca elektrik (4,558 insiden), peralatan gas (1,328 insiden), pemetik api (525 insiden) dan bara api (519 insiden).
"Berasaskan data daripada jabatan forensik kebakaran, ia menunjukkan punca utama kebakaran melibatkan litar pintas, beban lebih elektrik dan pemanasan rintangan.
Majoriti kebakaran berlaku dalam bangunan kediaman tetapi kami masih menerima laporan kes melibatkan bangunan komersial," katanya pada form media "Ignore the Peril, Face the Mayhem", di sini pada Rabu.
Forum itu dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Press Institute, JBPM dan Allianz Malaysia Berhad bagi meningkatkan kesedaran mengenai insurans kebakaran.
Mohd Zaid berkata daripada 8,328 premis ditetapkan tahun lepas, hanya 5,347 premis sahaja yang berjaya memperoleh sijil perakuan bomba sementara 2,527 premis lagi masih dalam proses.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penajajaminan Allianz Malaysia Bhd Berhad Rafliz Ridzuan berkata untuk hartanah komersial, kekurangan penyenggaraan adalah satu punca utama kebakaran disebabkan pepasangan dan peralatan usang, pemasangan tidak betul, kekurangan pemeriksaan tetap dan tiada pengawalseliaan ketika masa operasi.
"Paling penting, kebakaran elektrik boleh dielakkan dan ini semuanya bergantung kepada pengurusan risiko dan memiliki penyelesaian yang boleh dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd Sean Wang percaya masalah yang menyelubungi insurans komersial bukannya perlindungan yang tidak mencukupi tetapi kurangnya rasa terdedah kepada risiko berkenaan keselamatan daripada kebakaran atau keselamatan secara umum.
"Kebakaran adalah tajuk besar dalam industri insurans. Selaku syarikat insurans kami melihat banyak tuntutan insurans setiap tahun dan kerosakannya membawa malapetaka.
"Selain daripada mengambil mudah, ada pemilik perniagaan yang meletakkan kos dan kebarangkalian tuntutan di atas keselamatan dan penilaian risiko sewajarnya," katanya.
Beliau berkata penetapan minda sedemikan perlu diubah kerana adalah penting untuk memahami risiko perniagaan dan bagaimana mengelakkannya, mengurangkan dan melindungi bagi memastikan kurangnya gangguan dan operasi perniagaan yang berterusan.
"Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pemilik perniagaan mendapat perlindungan insurans terkurang dan rentan dari segi kewangan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Mohd Zaid berkata daripada 8,328 premis ditetapkan tahun lepas, hanya 5,347 premis sahaja yang berjaya memperoleh sijil perakuan bomba sementara 2,527 premis lagi masih dalam proses. - Gambar hiasan
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
44 rumah musnah terbakar di Penangah
Pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga rumah namun api telah merebak dan menyebabkan lebih 40 rumah turut musnah.
4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran di timur laut China disyaki berpunca daripada basikal elektrik
Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang.
Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran gudang alat ganti kenderaan
Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Lelaki didakwa bakar atlet wanita Uganda Cheptegei, maut akibat kecederaan
Ndiema, yang dimasukkan ke ICU dengan 30 peratus melecur, meninggal dunia akibat kecederaannya pada petang Isnin.
Beberapa pelajar cedera dalam kebakaran sebuah lagi sekolah di Kenya
Beberapa pelajar cedera dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah perempuan di bandar Isiolo, tengah Kenya pada Sabtu.
Lima kedai dua tingkat sederet musnah terbakar
Premis perniagaan di Jalan Rungkup, Sungai Tiang, Hutan Melintang, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi.
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah
Mangsa, Liew Hoong Kwee, ditemui meninggal dunia di dalam bilik tidur di rumah berkenaan.
Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.
Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran rumah
Rumah berstruktur tidak kekal itu musnah terbakar sepenuhnya termasuk tiga buah motosikal.