BENTONG: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah bilik kasino di Genting Highlands dan mencuri 1,160 cip bernilai RM4.6 juta milik Genting Highlands Berhad, bulan lepas.
Koay Boan Seng, 32, dan Hoo Chee Chuan, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan.
Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas melakukan pecah rumah ke atas bangunan yang digunakan sebagai tempat untuk simpanan harta benda dengan mencuri 1,160 cip bernilai RM4,607,800 milik Genting Highlands Berhad di dalam bilik Twlight 3, Sky Kasino Genting Highlands, pada 7.12 pagi, 28 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid memohon jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Kenny Tan Cheng Yee mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh pertama (Koay) yang merupakan pekerja kontrak berpendapatan RM1,800 sebulan dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berusia lima bulan.
"Tertuduh kedua pula (Hoo) bekerja sebagai penjaga kebun berpendapatan RM2,000 sebulan. Saya mohon mahkamah juga mengambil kira Koay yang menetap di Subang Jaya manakala Hoo di Raub (Pahang) tidak berisiko untuk melarikan diri," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Jan 2024.
Semalam, dilaporkan polis giat mengesan lima lelaki warga tempatan termasuk seorang yang dipercayai dalang utama dalam kes kecurian cip kasino itu yang dipercayai kecurian cip terbesar di pusat peranginan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Koay Boan Seng, 32, dan Hoo Chee Chuan, 38, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong, hari ini. - Gambar/ Bernama
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert itu berlangsung selama dua jam setengah dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hit terhebatnya.
Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China mengaku tidak bersalah.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen