Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diberi peluang berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata selama ini PTPTN amat fleksibel namun ada yang mengambil kesempatan dengan langsung tidak membuat pembayaran.
"Bila kita umum pelaksanaan langkah itu nanti, kita akan beri tempoh tiga bulan untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran sebelum nama disenaraikan dalam CCRIS.
"Kita ada maklumat peminjam dan tahu ada di antara mereka bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini mengenai langkah PTPTN untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha mengutip semula pinjaman dengan menyenaraikan peminjam tegar dalam CCRIS.
Menurut laporan itu, pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap 170,000 peminjam tegar yang langsung tidak menjelaskan pinjaman berjumlah RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010.
Idris menegaskan bahawa PTPTN sedia berunding untuk mencari jalan penyelesaian dan berbincang mengenai bayaran mengikut kemampuan peminjam sebelum sebarang tindakan tegas diambil.
Terdahulu Idris menyampaikan geran program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (myLAB), penyerahan watikah program Higher Institution Centre of Excellence (HICoe) dan pengiktirafan penyelidik cemerlang di Kementerian Pendidikan di sini.
Bernama
Thu Oct 09 2014

IDRIS: 170,000 peminjam PTPTN boleh bincang, elak nama masuk CCRIS - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."

CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.

Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.

BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar
Sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan terlibat.

Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.

Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik
Maybank mengingatkan para pelanggannya yang terjejas akibat pandemik agar segera menghubungi bank sekiranya mereka ingin memohon Bantuan Pembayaran Balik untuk pinjaman/pembiayaan mereka.

RHB sedia beri pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN disenarai hitam
Nazri berkata tidak ada alasan untuk menolak memberi pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka dengan jadual pembayaran balik yang sepatutnya.

Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.

Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
Peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam CCRIS akan dikeluarkan daripada rekod buruk tersebut dengan membeli rumah pertama.

Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual
Jika terdapat warga pendidik yang disabitkan dengan kesalahan salah laku seksual, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas selepas kes itu diputuskan mahkamah.