KUALA LUMPUR:Semua yang terjejas akibat pandemik COVID-19 akan menerima bantuan, demikian menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sambil menafikan salah tanggapan mengenai bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
"Salah tanggapan umum ialah tanpa moratorium menyeluruh, peminjam yang dalam kesusahan tidak akan menerima bantuan (sebaliknya) bantuan itu adalah untuk semua yang terjejas akibat pandemik itu termasuk lanjutan moratorium," katanya.
Mereka yang kehilangan pekerjaan terutamanya dalam sektor pelancongan telah menerima moratorium menyeluruh selama tiga bulan dan lanjutan akan diberikan sekiranya mereka menganggur.
Beliau berkata bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.
"Satu lagi salah tanggapan umum ialah mereka memerlukan terlalu banyak dokumen. Bukan begitu. Bagi golongan B40, bank mempunyai akses kepada penerima BSH (Bantuan Sara Hidup) dan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat). Oleh itu, bank dapat mengenal pasti (mereka)," katanya dalam taklimat kepada editor-editor kanan pada Khamis.
Perusahaan mikro tidak perlu menyerahkan sebarang dokumen dan hanya dokumen minimum diperlukan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu bank memberi nasihat bersesuaian kepada peminjam.
Setakat ini, seramai 640,000 permohonan bantuan telah diterima dengan kadar kelulusan 98 peratus dengan 40 peratus menerima lanjutan moratorium, manakala 60 peratus lagi mendapat pengurangan ansuran.
Beliau turut menegaskan bahawa permohonan bagi semua bantuan bayaran balik pinjaman bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan terpapar dalam rekod CCRIS peminjam.
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah pangkalan data berpusat yang memberi gambaran kepada keadaan kewangan individu.
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap apa-apa sahaja, mereka boleh sentiasa membuat aduan kepada Bank Negara. Saya boleh memberi jaminan bahawa Bank Negara bertindak terhadap setiap aduan yang diterima," kata Nor Shamsiah.
Ketika ditanya sama ada moratorium menyeluruh itu adalah satu kesilapan dan langkah moratorium bersasar sepatutnya diambil sejak awal lagi, beliau berkata: "Tidak. Pada masa itu, itulah keputusan yang tepat memandangkan semua perkara terhenti sepenuhnya.
"Oleh itu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tepat untuk melaksanakan penilaian yang lebih meluas dan menyediakan bantuan serta-merta dari segi moratorium menyeluruh kepada semua isi rumah dan peminjam PKS.
"Ketika ekonomi anda menguncup hampir 30 peratus, itu adalah dasar yang tepat untuk meredakan kebimbangan yang sentiasa ada dalam ekonomi," katanya.
Ekonomi Malaysia merosot sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua 2020 susulan pelaksanaan sekatan perjalanan keluar masuk di negara ini dengan mekanisme penguatkuasaan yang tegas untuk membendung penyebaran COVID-19.
Impak sekatan perjalanan keluar masuk itu dirasakan pada April 2020 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun 28.6 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun, kini semuanya telah meningkat semula.
Selepas PKP, sebahagiannya telah mula pulih dan dibayar semula.
"Jadi, wujud pemulihan, tetapi ada yang masih memerlukan (seperti sektor pelancongan) dan mereka menerima bantuan yang diperlukan dari segi bantuan bersasar," katanya.
Beliau berkata mengimbangkan keperluan pihak berkepentingan yang berbeza adalah kritikal dan peminjam perlu diberikan pilihan mengikut keadaan individu.
"Ramai peminjam telah mula membuat bayaran balik sebelum moratorium ditamatkan," kata Nor Shamsiah.
Beliau berkata 89 peratus daripada peminjam PKS telah mula melunaskan bayaran balik pada September 2020 berbanding suku pertama tahun ini, manakala 73 peratus pula bagi isi rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan salah tanggapan mengenai bantuan bayaran balik pinjaman bersasar. - Gambar fail
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Hamas bersedia untuk 'perang yang panjang' di Gaza
Pejuang Palestin mempunyai sumber untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran, selepas hampir setahun perang di Gaza.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bomba Portugal berjuang padam kebakaran
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal dilaporkan berjuang memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampir kawasan kediaman pada Isnin.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
Status halal tidak lagi sekadar rujuk tiada babi, alkohol- Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
PDRM beku 96 akaun GISBH, nilai lebih RM581,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dengan nilai melebihi RM581,000.
Agong mahu siasatan GISBH disegerakan
Sultan Ibrahim, mahu PDRM menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.
Kes 1MDB: Najib berkerusi roda ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
Amaran ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 4 petang ini
MetMalaysia meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di beberapa negeri sehingga 4 petang hari ini.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Malaysia terus jadi pilihan pelabur di Asia Tenggara - OBORCC
Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.