RHB Banking Group, penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu penuh keempat terbesar di Malaysia, tidak mempunyai masalah untuk penyediakan pinjaman perumahan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah disenarai hitam.
Pemangku Ketua Perbankan Runcit Kumpulan RHB Nazri Othman berkata bank itu telahpun berbuat demikian sebelum kerajaan mengumumkan memberi kelonggaran kepada peminjam yang disenaraikan dalam sistem rujukan kredit negara baru-baru ini.
"Sekiranya mereka (peminjam yang disenarai hitam) dapat menstruktur semula hutang dan meyakinkan kami bahawa mereka telah melakukan penstrukturan bayaran balik dengan PTPTN, kami akan mempertimbangkan.
"Kami telahpun berhadapan dengan situasi itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen Emas Deposit RHB, di sini pada Khamis.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi pihak bank untuk menolak memberi pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka dengan jadual pembayaran balik yang sepatutnya.
"Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk membayar balik sebelum ini, tetapi sekarang mereka dapat menyusun semula bayaran balik mereka, jadi kami akan mempertimbangkannya dan memberi mereka garis panduan untuk memohon kemudahan pinjaman.
"Ia tidak bermakna dengan menghadapi masalah (dalam bayaran balik) sebelum ini, mereka akan terus mengalami masalah yang sama selamanya," katanya.
Sementara itu, Nazri berkata Kempen Emas Deposit RHB, yang diadakan dari 18 Okt tahun lepas hingga 28 Feb lepas, menjana deposit berjumlah lebih daripada RM500 juta untuk RHB.
"Dalam suku pertama 2019, RHB merekodkan pertumbuhan deposit yang kukuh iaitu 14.3 peratus tahun ke tahun, menunjukkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap bank," katanya.
Beliau berkata, berikutan sambutan yang positif daripada pelanggan terhadap kempen itu, RHB telah melancarkan Kempen Emas Deposit 3 RHB yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Dis tahun ini.
Bank itu juga telah menggandakan nilai hadiah bagi para pemenang.
Katanya, ia juga akan melancarkan Kempen Pelancongan RHB CASA 2 pada suku ketiga tahun ini.
BACA: Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
BACA: Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Pada Rabu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata keputusan akhir untuk meluluskan permohonan pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitam adalah terletak kepada pihak bank.
Beliau berkata, ini walaupun kerajaan telah mengambil langkah mengecualikan nama peminjam PTPTN dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat daripada disenarai hitam oleh pihak bank.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
Nazri (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama Kempen Emas DepositRHB, How F.W (lima, kanan) pada majlis yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, 25 Julai, 2019. Foto RHB Bank
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.
Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN.