KUALA LUMPUR:Cawangan Malayan Banking Bhd (Maybank) di seluruh negara, kecuali yang berada dalam zon merah, akan terus dibuka sehingga jam 7 petang mulai semalam dan hari ini untuk memberi kemudahan tambahan kepada pelanggan bagi pertanyaan serta permohonan Bantuan Pembayaran Balik memandangkan penamatan moratorium selama enam bulan.
Maybank mengingatkan para pelanggannya yang terjejas akibat pandemik agar segera menghubungi bank sekiranya mereka ingin memohon Bantuan Pembayaran Balik untuk pinjaman/pembiayaan mereka.
Maybank juga ingin menjelaskan bahawa status CCRIS peminjam yang mengambil bantuan pembayaran balik tidak akan berubah.
Mereka juga boleh menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara.
Maybank ingin memaklumkan kepada mereka yang telah memohon Bantuan Pembayaran Balik tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan bahawa permohonan mereka sedang diproses, pihak bank akan berhubung dengan mereka secepat mungkin mengenai pembayaran pinjaman mereka bagi Oktober dan seterusnya.
Sementara itu, pelanggan yang tidak memohon untuk Bantuan Pembayaran Balik diingatkan meneruskan pembayaran bagi pinjaman/pembiayaan mereka mulai Oktober 2020.
Mereka yang menjangka kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka selepas moratorium, masih boleh menghubungi bank bagi berbincang tentang pakej pembayaran balik untuk memenuhi keperluan kewangan semasa mereka.
Bagaimanapun, pelanggan ini disarankan untuk memohon bantuan pembayaran sebelum tarikh ansuran Oktoberb supaya status kredit mereka tidak terjejas
Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pembayaran Balik Maybank boleh melayari www.maybank2u.com.my/covid19 atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300 88 6688, dan tekan *1 untuk "Bantuan Pembayaran Balik".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Maybank menjelaskan bahawa status CCRIS peminjam yang mengambil bantuan pembayaran balik tidak akan berubah. - REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA)
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.62 mata kepada 1,593.06 daripada 1,592.44 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, lepasi paras 1,600
Indeks utama dibuka tinggi naik 10.82 mata kepada 1,591.06, bergerak antara 1,589.27 dan 1,607.04 sepanjang sesi dagangan.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.