KUALA LUMPUR: CTOS Data Systems Sdn Bhd kini menawarkan laporan MyCTOS dengan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) secara percuma kepada rakyat Malaysia yang belum membuat semakan sendiri CTOS sehingga 31 Julai 2021.
Inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) agensi itu adalah bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan, lebih-lebih lagi ketika ekonomi mencabar ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chin berkata, Laporan kredit MyCTOS dengan CCRIS akan memaparkan rekod pinjaman dan kad kredit, sejarah bayaran balik pinjaman bagi sektor perbankan dan bukan perbankan termasuk kes melibatkan undang-undang dan kebankrapan selain menawarkan pelbagai manfaat.
“Melalui semakan tersebut pengguna akan dapat beberapa manfaat termasuk dapat meningkatkan peluang mendapatkan pinjaman dan dapat memeriksa untuk mendapatkan kepastian sama ada terdapat tanda-tanda kecurian dan penipuan identiti dari mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan identiti orang lain untuk membuat permohonan-permohonan kredit.
“Selain itu, dengan membuat pemeriksaan secara berkala, seseorang individu dapat mengemaskini laporan mereka dengan maklumat yang lebih tepat, sekali gus dapat mempermudahkan kelancaran permohonan kredit mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau menambah, lebih ramai individu kini mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan kewangan dengan menyemak kedudukan kredit mereka.
“Setakat ini, lebih 1.3 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk membuat semakan sendiri melalui CTOS dan tujuan utama mereka adalah untuk mengakses dan menguruskan maklumat kredit peribadi tetapi dari segi peratusan populasi sekadar 8.6 peratus dari jumlah populasi yang aktif kredit, iaitu 15 juta.
“Namun, kalau kita perincikan statistik terkini, kami telah melihat peningkatan sebanyak 52 peratus dari segi pengguna yang telah mengakses laporan kredit CTOS mereka sejak 12 bulan lepas,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai laporan MyCTOS ditawarkan, orang ramai boleh melayari www.ctoscredit.com.my atau memuat turun aplikasi CTOS di Google Play Store dan App Store.
Kempen berlangsung sehingga 31 Julai 2021.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Fri Jul 23 2021
Laporan kredit MyCTOS dengan CCRIS akan memaparkan rekod pinjaman dan kad kredit, sejarah bayaran balik pinjaman bagi sektor perbankan dan bukan perbankan termasuk kes melibatkan undang-undang dan kebankrapan serta banyak lagi. - Foto CTOS
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan pengarah resort untuk rayuan terhadap CTOS
Mahkamah menolak permohonan ahli perniagaan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengkehendaki CTOS membayarnya RM200,000.
Pengguna dengan skor kredit tinggi dijamin kelulusan pinjaman 5 kali ganda - Kajian CTOS
Menggunakan sampel lebih 250,000 permohonan, kajian ini menyoroti jurang kadar kelulusan pinjaman antara pelbagai kategori skor CTOS.
Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.
CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam
Rayuan itu dikemukakan pada 8 Mac, sehari selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.
Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.
Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678.
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.