KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.
Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya baru-baru ini berkata mahkamah mendapati CTOS telah melanggar kewajipan untuk berjaga-jaga terhadap Suriati Mohd Yusof, 43, dan melangkaui fungsi-fungsi ia didaftarkan.
"Ini telah mengakibatkan plaintif mengalami kerugian. Mahkamah telah membataskan pampasan yang diberikan untuk kerugian peribadi yang dialaminya. Reputasi plaintif serta hubungan beliau dengan suaminya telah rosak akibat kecuaian dan pelanggaran kewajipan fidusiari oleh defendan.
"Oleh itu mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan memberikan ganti rugi sebanyak RM200,000. Mahkamah turut memberikan kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif," katanya.
Beliau juga berkata tiada peruntukan di dalam Akta Agensi Penerbitan Kredit (CRAA) 2010 yang memberikan kuasa kepada CTOS untuk merumuskan skor kredit atau mewujudkan kriteria atau peratusannya sendiri bagi merumuskan skor kredit kerana defendan hanya diberi kuasa sebagai penyimpan maklumat kredit yang boleh diakses pelanggannya.
Hakim itu berkata peranan utama CTOS ialah mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat yang diterima serta diberikan kuasa untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada pelanggannya termasuk institusi kewangan.
Plaintif, yang merupakan pengarah dan pemegang saham Keranji Beach Resort Sdn Bhd di Pulau Perhentian, Terengganu ketika kejadian, telah menyaman CTOS atas dakwaan cuai dan melanggar kewajipan fidusiari dengan memberikan penarafan kredit yang tidak tepat sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kerugian secara peribadi dan dalam perniagaan, selain telah merosakkan reputasinya.
Menurut plaintif, pada Mei 2019 susulan laporan negatif defendan, permohonan pinjaman kereta beliau telah ditolak dan selepas disiasat, beliau mendapati defendan telah memberikan penarafan kredit yang negatif kepadanya.
Akhtar juga berkata meskipun CTOS boleh berbuat demikian, ia telah memilih untuk tidak menghiraukan dakwaan plaintif bahawa ia tidak menyediakan maklumat yang tepat mengenai wanita itu.
"Dengan memilih untuk bersikap acuh tak acuh walaupun selepas dimaklumkan oleh plaintif, defendan jelas telah melanggar kewajipan untuk berjaga-jaga terhadap plaintif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
![Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.
![CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020605_MahkamahKualaLumpu.jpg)
CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam
Rayuan itu dikemukakan pada 8 Mac, sehari selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.
![Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.
![Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626674007_ctos.jpg)
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.
![Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678.
![Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654751793_DatoSeriDrIsmail.jpg)
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
![Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631240869_bajet.jpg)
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
![CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626932455_CTOS.jpg)
CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.
![CTOS disenaraikan pada premium 36.4 peratus CTOS disenaraikan pada premium 36.4 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626674007_ctos.jpg)
CTOS disenaraikan pada premium 36.4 peratus
CTOS Digital Bhd mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.
![4,632 anak Perak belum bayar pinjaman pengajian 4,632 anak Perak belum bayar pinjaman pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71475307260_Study.jpg)
4,632 anak Perak belum bayar pinjaman pengajian
Kerajaan negeri juga perlu memikirkan mengenai masa depan untuk anak-anak Perak lain yang mahu memohon pinjaman berkenaan.