BUKAN semua wanita yang bergelar isteri merelakan dirinya dimadukan.
Lain pula ceritanya apabila pelakon popular, Datin Seri Umie Aida yang dikatakan membenarkan suaminya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.
Menerusi posting terbaharu di Instagram peribadinya, Umie memuat naik foto serta kapsyen yang menyifatkan dirinya bukan isteri yang sempurna.
“Pagi ni me bangun tido.. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin. Me izinkan.
“Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah.. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES.. me izinkan,” luahnya.
Terdahulu, Umie dan pasangannya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendirikan rumah tangga pada Mac 2010.
Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Jul 28 2018
Menerusi posting terbaharu di Instagram peribadinya, Umie memuat naik foto serta kapsyen yang menyifatkan dirinya bukan isteri yang sempurna. Foto: Instagram/@umieaida9
UK siap sedia hadapi salji lebat, hujan berais selepas catat suhu -5C
Sebahagian besar kawasan di Britain dijangka dilanda salji lebat dan hujan berais pada hujung minggu ini selepas suhu mencecah serendah -5 darjah Celsius semalaman.
Korea Selatan saksi peningkatan kelahiran buat kali pertama dalam tempoh 9 tahun
Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan, sebuah negara antara kadar kesuburan terendah di dunia, meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun pada 2024.
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Umie Aida rela bermadu?
Lain pula ceritanya apabila pelakon popular, Datin Seri Umie Aida yang dikatakan membenarkan suaminya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita lain.
'Saya tidak gila jawatan PPBM' - Khairuddin
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu menegaskan, tujuannya keluar PPBM adalah untuk menyelesaikan semua kes-kes penting yang bakal ditempuhinya di mahkamah.