Yonhap melaporkan pada Jumaat, memetik data kerajaan, sejumlah 242,334 bayi dilahirkan tahun lepas, meningkat 3.1 peratus daripada 2023, menandakan peningkatan tahunan pertama selepas lapan tahun berturut-turut menurun.
Jumlah penduduk negara itu berjumlah 51,217,221 orang, menurun selama lima tahun berturut-turut.
Lee Sang-lim, seorang penyelidik di Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, berkata trend peningkatan dalam kadar kelahiran berkemungkinan berterusan selama dua tahun akan datang, kerana generasi yang lahir selepas 1991, yang dipanggil echo boomer, mencapai usia boleh berkahwin.
-- BERNAMA