KUALA LUMPUR:Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K menyambut berita kehamilan isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dengan penuh kesyukuran.
Tiada apa yang membahagiakan usahawan itu selain daripada melihat sinar kebahagiaan yang terpancar pada wajah isteri yang dinikahinya pada 14 tahun lalu.
Dua tahun lalu, pasangan popular itu ditakdirkan menimang cahaya mata sulung selepas usia perkahwinan mereka mencecah 11 tahun.
Kehadiran Siti Aafiyah pada ketika itu melengkapkan impian Siti Nurhaliza dan Khalid untuk memiliki cahaya mata selepas sekian lama menanti.
Dan pada 2021, Siti Nurhaliza yang juga artis popular tanah air dijangka menambah seorang lagi ahli keluarga baharu selepas disahkan hamil.
Kepada Khalid, rezeki yang Allah takdirkan adalah anugerah yang terlalu agung nilainya.
Apa lagi untuk menerima anak kecil ketika usianya bakal menginak 62 tahun pada 19 Februari depan merupakan rahmat yang sukar diterjemah dengan kata-kata.
Bayi yang dijangka dilahirkan Siti Nurhaliza, 41, sekitar April depan merupakan zuriat keenam buatnya (empat orang anak menerusi perkahwinan pertama) yang dianggapnya amanah yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang.
“Menimang anak kecil pada usia 62 tahun memang satu hal yang sukar untuk dijangkakan oleh sesiapa, namun, saya sangat bersyukur kerana Allah memilih untuk kurniakan saya rezeki cahaya mata lagi.
“Memandangkan kurniaan ini adalah amanah, maka saya berjanji pada diri sendiri untuk memberi sepenuhnya perhatian dan mendidik serta membesarkannya dengan penuh tanggungjawab,” kata Khalid kepada Astro AWANI dalam satu perbualan pada Selasa.
BACA: "Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza
BACA: Hamil pada usia 40-an agak mencabar - Siti Nurhaliza
Menyedari kehamilan Siti Nurhaliza kali ini lebih mencabar, justeru usahawan itu berkata, beliau kini meluangkan lebih banyak masa dengan isterinya itu dan memberi sepenuh perhatian kepadanya.
“Saya pun makin jarang keluar, banyak masa melekat di rumah dengan Siti (Nurhaliza) dan melayan keletah Siti Aafiyah. Saya sedar Siti banyak memerlukan perhatian daripada saya, jadi lebih elok saya luangkan masa bersama-sama isterin dan Siti Aafiyah,” ujar Khalid lagi.
Kata Khalid, sekalipun akan menerima anak baharu pada usia melepas enam dekad, itu tidak memberi sebarang masalah besar buatnya kerana beliau secara peribadi sudah berpengalaman mengasuh anak-anak lain sebelum ini.
Bahkan, jelas beliau, keseronokan melihat anak-anak membesar di depan matanya adalah nikmat yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
“Anak-anak adalah pelengkap kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Seperti yang saya katakana, saya amat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menambah anak lagi pada usia sebegini,” katanya.
Pada Selasa, Siti Nurhaliza mengumumkan, beliau kini sedang hamil anak kedua menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkata, beliau dan suaminya terbuka menerima sama ada bayi lelaki atau perempuan menerusi kehamilan kali ini.
Saharudin Musthafa
Tue Dec 01 2020

Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Siti Nurhaliza teruja untuk menimang cahaya mata kedua sekitar April 2021. - Gambar Instagram SITI NURHALIZA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL - Azhar Idrus
Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.

Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi lelaki
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Bakal timang anak lagi tahun depan, Datuk K terima dengan penuh kesyukuran
"Saya sangat bersyukur kerana Allah memilih untuk kurniakan saya rezeki cahaya mata lagi."

Hamil pada usia 40-an agak mencabar - Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza mengakui, beliau sering kepenatan selain emosinya sering terusik semenjak hamil anak kedua.

Empayar perniagaan Asyraf, Tya Ariffin kini berdiri megah
Asyraf, Tya Ariffin bertatih dari bawah untuk menuju puncak perniagaan.

Siti Aafiyah bakal dapat adik? Siti Nurhaliza jalani rawatan IVF selepas Aidilfitri
Pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas AJL beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.

'Terima kasih semua yang doakan kami' - Siti, Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan
Semoga berbahagia ke Jannah.

Penangan Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza 'terjelepok'
Selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan zuriat pertamanya, Siti Aafiyah tidak dinafikan tumpuan dan perhatian kini banyak diberikan kepada anak kecil itu.

Siti Nurhaliza pernah padam foto Aafiyah di IG kerana ...
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pernah memadam foto anaknya, Siti Aafiyah yang telah dimuat naik di akaun IG selepas suaminya merasakan foto itu tidak sesuai dikongsi.

#BabyCTDK: Siti Aafiyah cukur rambut
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi perempuannya, Siti Aafiyah, hari ini. Perkara itu dikongsikannya menerusi Insta Story di laman Instagram (IG).