SHAH ALAM: Dakwaan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus merentas negeri untuk menghadiri majlis tahnik anak penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin adalah tidak benar.
Menurut Azhar Idrus, beliau memang berada di rumah ibu mentuanya di Kuala Lumpur sewaktu majlis itu diadakan.
Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.
“Saya sudah tiga tahun berkawan dengan Datuk K.
"Saya bukan berkawan dengan Siti Nurhaliza, tapi suami dia,” katanya menerusi satu rakaman video di Facebook pada Isnin.
Video berdurasi 2 minit 2 saat itu tidak dapat dipastikan bila ia dirakam, tetapi dipercayai direkodkan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Azhar Idrus berkata, Datuk K sudah dua kali mempelawa beliau berkunjung ke rumahnya, namun gagal memenuhi permintaan sahabatnya itu.
“Kali ini saya segan untuk menolak permintaannya kerana Datuk K pernah melawat saya selama dua jam ketika sakit,” katanya.
Pada 2 Mei lalu, netizen mempersoalkan kehadiran Azhar Idrus dan beberapa individu ternama lain yang hadir di majlis tahnik anak pasangan berkenaan.
BACA: Netizen persoal kehadiran individu ternama di majlis tahnik anak Siti Nurhaliza
BACA: Siti Nurhaliza, Datuk K minta maaf
Rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka apabila individu terbabit dikatakan merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.
Berita asal: Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL: Azhar Idrus
Sinar Harian
Mon May 03 2021
![Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL - Azhar Idrus Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL - Azhar Idrus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/71487418978_AzharIdrus.jpg)
AZHAR: Kali ini saya segan untuk menolak permintaannya kerana Datuk K pernah melawat saya selama dua jam ketika sakit. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708422529_AsriZainul.jpg)
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
![Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose... Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700792403_TBUqashajpg.jpg)
Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
![Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697676473_ustazazharidrus.jpg)
Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
![Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695892262_AzharIdrus.jpg)
Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
![Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693097037_UstazAbangTesla.jpg)
Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla
Kenyataan Abang Tesla 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.
![Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680321977_UstazAzharSIHAT.jpg)
Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.
![Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679106906_UstazAzharIdrus.jpg)
Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
![Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678978795_AzharIdrusdirawat.jpg)
Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.
![Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678978795_AzharIdrusdirawat.jpg)
Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.
![Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678917547_MohdAjibIsmail.jpg)
Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi
Langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.