KUALA TERENGGANU: Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, kumpulan pendakwah itu menerima sijil tauliah pada sesi temu duga hujung Mei lalu bersama-sama Ustaz Azhar Idrus.
Menurutnya, antara selebriti terlibat ialah PU Azihal (Azihal Bangsawan), PU Syed (Syed Mohd Bakri Syed Ishak), Abdullah Khairi Haroon, Prof Madya Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ahmad Rizam Ghazali dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre.
"Tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Maidam itu sah untuk tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 untuk menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab.
"Setakat ini lebih 1,300 termasuk pendakwah selebriti yang menerima tauliah daripada Maidam," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Stadium Tertutup Negeri Gong Badak di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, M Rozi berkata, pihaknya menggalakkan mana-mana individu yang berkelayakan dari segi ilmu agama untuk memohon mendapatkan tauliah mengajar dan ceramah di masjid dan surau di seluruh Terengganu.
"Permohonan mereka akan dinilai dari beberapa aspek dan kriteria oleh satu jawatankuasa yang diketuai Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun.
"Bagaimanapun, bukan semua permohonan akan diluluskan kerana kriteria itu perlu dipatuhi sepenuhnya dan setelah diberi kelulusan, ia perlu dipersembahkan untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya.
Sebelum ini, isu tauliah mengajar agama menarik perhatian setelah JHEAT mengesahkan bahawa Azhar antara individu yang tidak mempunyai tauliah menyampaikam ceramah agama di Terengganu.
Bagaimanapun, teka teki mengenai isu tauliah itu terjawab pada Rabu selepas tular sijil tauliah mengajar agama di media sosial yang dikatakan telah diterima oleh Azhar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023

Azhar sebelum ini adalah antara individu yang tidak mempunyai tauliah menyampaikam ceramah agama di Terengganu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.

Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.

Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla
Kenyataan Abang Tesla 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.

Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi
Langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.