KUALA LUMPUR:Pada 11 Januari depan, usia penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berusia 42 tahun dan usia kehamilannya pula akan memasuki enam bulan.
Untuk menimang cahaya mata kedua pada usia berkenaan, buah hati kesayangan Malaysia itu mengakui, perkara tersebut agak mencabar kerana beliau sering kepenatan.
Bahkan, jelas penyanyi itu, emosinya juga mudah tersentuh lebih-lebih lagi ketika membaca hantaran-hantaran di media sosial yang menceritakan soal kemanusiaan, kesulitan hidup masyarakat serta cerita-cerita sedih lain.
“Saya mudah penat, emosi saya sangat mudah terusik. Ada ketika saya cepat menangis bila membaca cerita-cerita sedih di media sosial,” kata Siti Nurhaliza dalam sidang media sempena pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya pada Selasa.
BACA: "Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza
Dalam sidang media sama, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu mengumumkan kehamilan keduanya sudah memasuki usia empat bulan setengah.
Pengumuman itu sekali gus menjawab pertanyaan peminat dan media susulan banyak spekulasi yang diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.
Dikurniakan rezeki untuk hamil kali kedua ketika dunia dilanda wabak COVID-19 diakui Siti Nurhaliza, membuatkan beliau sangat berhati-hati kerana menyedari wanita hamil sepertinya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti pandemik berkenaan.
Sehubungan itu, beliau mengambil kesempatan memberi tumpuan pada kandungan dengan berehat di rumah serta menolak untuk menghadiri pelbagai undangan sebaik disahkan hamil.
“Saya sangat berjaga-jaga. Bahkan, jarang sekali keluar rumah kecuali ketika keadaan benar-benar memerlukan kehadiran saya seperti acara hari ini. Selebihnya, saya di rumah bersama keluarga,” kata Siti Nurhaliza yang juga seorang usahawan.
Ditanya mengenai reaksi anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila dimaklumkan bakal menimang adik, Siti Nurhaliza berkata, puterinya yang berusia dua tahun itu amat teruja sekalipun pada awalnya dia seperti tidak memahami apa yang diceritakan kepadanya.
Kata Siti Nurhaliza, selepas sering berkongsi kisah mengenai kehadiran ahli keluarga baharu, Siti Aafiyah semakin memahami dan mula mengambil berat.
“Dia sering memeluk saya dan mencium perut bertanyakan bila adiknya akan ‘keluar’ (lahir). Gelagatnya sangat mencuit hati kami sekeluarga,” ujar penghibur kelahiran Kampung Awah, Kuala Lipis itu.
Seperti mana Siti Aafiyah yang lahir menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF), kehamilan kedua ini juga, kata Siti Nurhaliza, juga menggunakan kaedah yang sama.
BACA: Siti Nurhaliza imbas kenangan mengandungkan Siti Aafiyah
BACA: 'Apa perasaan Siti Aafiyah jadi anak Siti Nurhaliza?'
BACA: Siti Aafiyah bayi paling popular ketika ini
Saharudin Musthafa
Tue Dec 01 2020
Melalui tempoh kehamilan kedua, Siti Nurhaliza berkata, beliau sangat berjaga-jaga memandangkan ketika ini negara dan dunia dilanda kebimbangan ekoran penularan pandemik COVID-19. - Gambar Instagram SITI NURHALIZA
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.