PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi perempuannya, Siti Aafiyah, hari ini.
Perkara itu dikongsikannya menerusi Insta story di laman Instagram (IG).
Siti Aafiyah yang berbedung kelihatan tenang ketika rambutnya dicukur oleh seorang ustazah.
“Alhamdulilah, Siti Aafiyah bercukur hari ini oleh ustazah. Semoga diberkati dan tumbuh lagi rambut yang sihat,” katanya.
Penyanyi berusia 39 tahun ini melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.
Terdahulu, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi perempuannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.
Sinar Harian
Fri Mar 30 2018
Siti Aafiyah yang berbedung kelihatan tenang ketika rambutnya dicukur oleh seorang ustazah. - Foto IG @ctdk
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
#BabyCTDK: Siti Aafiyah cukur rambut
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi perempuannya, Siti Aafiyah, hari ini. Perkara itu dikongsikannya menerusi Insta Story di laman Instagram (IG).
'Allah kurniakan puteri setelah 10 kali keguguran' - Syukur ucap Fazley Yaakob
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi video di sekitar majlis aqiqah anak perempuannya, Alayna Selma di laman Facebook.