Ringkasan AI
- Astro menganjurkan semula Home of Kids, acara percuma yang menawarkan pengalaman riang dan aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak dan keluarga di IOI Grand Convention Centre, Putrajaya, dari 26 hingga 29 Disember.
- Pengunjung berpeluang bertemu dengan karakter kegemaran seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob, Bluey, Ultraman, Upin & Ipin, dan banyak lagi, dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi seperti Cartoon Network, Nickelodeon, dan Disney Hotstar.
- Acara ini bertujuan untuk menginspirasi generasi muda Malaysia melalui eksplorasi, pembelajaran, dan aktiviti interaktif yang menyeronokkan.
Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong memberitahu, Home of Kids terbuka kepada orang ramai secara percuma, yang mana pengunjung berpeluang berjumpa dengan karakter kandungan Astro.
"Kami di sini selama empat hari penuh, menyajikan pengalaman dan aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur.
"Kami sangat teruja menganjurkan acara ini bersama rakan kongsi untuk keluarga Malaysia.
"Tujuan utama adalah kanak-kanak dapat datang ke sini meneroka, belajar, serta menikmati pengalaman, sekali gus memberi inspirasi kepada generasi muda Malaysia akan datang.
"Lebih menarik, Home of Kids akan membawa pengunjung menjelajah dunia penuh dengan imaginasi, kreativiti yang menyeronokkan, termasuk banyak aktiviti interaktif," katanya kepada Astro AWANI.
Astro Home of Kids menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk bertemu karakter kegemaran seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob & Patrick Star, Bluey & Bingo, Ultraman Arc, Upin & Ipin, We Bare Bears, Mechamato, Kung Fu Panda dan banyak lagi.
Acara ini turut mendapat kerjasama Cartoon Network, Nickelodeon, DreamWorks, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studious, Monsta, Disney+ Hotstar, dan Viu.
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.