DAVOS: Negara-negara Eropah harus membangunkan hospital di Gaza dan menghantar pasukan kesihatan ke kawasan bergolak itu bagi membantu rakyat Palestin yang berdepan serangan tanpa henti Israel.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Consolidated Contractors International Company (CCC), yang juga pemimpin perniagaan asal Palestin, Samer S Khoury, ini kerana dengan kehadiran pasukan Eropah yang membina hospital dan merawat pesakit, Israel tidak ada alasan mengatakan ia adalah kubu tentera.
“Gaza mempunyai 45 buah hospital dan kini hanya tinggal kurang daripada lapan hospital yang beroperasi.
“Saya tinggal di Greece dan ramai sukarelawan dan doktor di sana mahu datang ke Gaza untuk membantu dan saya percaya negara lain juga begitu. Jika kita boleh wujudkan satu perjanjian antara negara Eropah dan Israel, biarkan doktor, jururawat dan ubat ubatan dari Eropah masuk ke Gaza.
“Kita bina juga satu hospital di selatan dan sebuah lagi di utara yang diterajui oleh Eropah, dengan cara ini Israel tidak boleh kata ia kubu tentera,” katanya pada sesi taklimat kemanusiaan di atas Gaza di World Economic Forum (WEF) 2024, di sini, pada Selasa.
Samer berkata, dalam isu bekalan air bersih pula satu pasukan petugas khas melibatkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Palestin dan Israel harus diwujudkan untuk membaiki saluran paip yang rosak.
“Terdapat tiga saluran utama ke Gaza dan kini hanya satu sahaja yang berfungsi. Kita wujudkan satu pasukan petugas merangkumi PBB, Palestin dan Israel untuk membaiki dua lagi saluran yang rosak,” tambahnya.
Selain itu, Samer berkata, pasukan petugas itu juga harus membenarkan bekalan diesel memasuki Gaza untuk digunakan di kilang penyulingan air yang dibina.
Dalam masa sama, sumber tenaga yang terputus juga boleh diselesaikan dengan penyertaan PBB Bersama Mesir dan Israel untuk membekalkan sumber.
Ini kerana ifrastruktur bekalan dari Mesir belum musnah dan masih berfungsi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Kitty Van Der Heijden, menyifatkan situasi di Gaza khususnya untuk kanak-kanak adalah satu malapetaka.
“Jika ada satu perkataan untuk mengambarkan situasi kanak-kanak di Gaza, ia adalah malapetaka. Saya ulang, malapetaka. Itulah apa yang berlaku,” katanya
Kitty menegaskan, tidak ada kanak-kanak yang akan selamat tidak kira di mana mereka berada di Gaza.
“Ketika ini kanak-kanak dan orang awam berdepan 3D iaitu kematian melalui udara, penyakit akibat tiada air bersih, dan kebuluran akibat kekurangan makanan.
“Gaza kini hanya ada 1.5 hingga dua liter air sehari untuk kegunaan semua perkara. Standard minimum untuk peras kecemasan adalah 15 liter dan paras untuk kritikal untuk hidup adalah tiga liter… melapetaka,” katanya sambil menambah paras kebuluran di Gaza kini adalah sesuatu yang UNICEF tidak pernah saksikan.
Astro Awani
Tue Jan 16 2024

Samer S Khoury berkata, dengan kehadiran pasukan Eropah yang membina hospital dan merawat pesakit di Gaza, Israel tidak ada alasan mengatakan ia adalah kubu tentera.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.