YOUTUBER sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.
Memuat naik satu video pendek di laman Instagram, Paul merakam aksinya dan beberapa rakan 'menyerang' Dillon Danis yang juga merupakan rakan sepasukan jaguh UFC dari Ireland, Conor McGregor.
Paul yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Danis yang sedang ditemubual oleh sekumpulan media di bahu jalan.
Dia kemudiannya membaling beberapa objek yang berupa belon air, dan segulung tisu tandas ke arah Danis.
Danis dalam keadaan marah bertindak mengejar Paul dan membaling semula objek yang dilemparkan itu kembali ke arah Paul.
Namun, usaha Danis mengejarnya tidak berhasil kerana Paul terus memecut laju.
Ini bukan kali pertama Paul melakukan aksi untuk mendapatkan perhatian McGregor. Beberapa hari lepas, Paul ada memuat naik video di laman Instagramnya bagi mencabar McGregor untuk bertarung dengannya di gelanggang tinju.
BACA: Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
Paul mendakwa, pasukannya telah menghantar kontrak bernilai AS$50 juta untuk McGregor namun McGregor dikatakan takut untuk menandatangi kontrak tersebut.
Presiden UFC, Dana White turut menjadi mangsa kecaman Paul dalam video tersebut kerana White sebelum ini ada membuat kenyataan, pertarungan tinju antara McGregor dan Paul tidak akan menjadi kenyataan.
Sebagai rekod, Paul masih belum tewas di gelanggang tinju profesional serta berjaya meraih dua kemenangan sebelum ini.
Manakala McGregor pula mempunyai satu rekod kekalahan dalam sukan tersebut dan masih belum mencatat sebarang kemenangan.
Hilmi Ismail
Wed Dec 16 2020

Paul membaling beberapa objek yang berupa belon air, dan segulung tisu tandas ke arah Danis. - Foto ihsan media sosial

'Baju raya pelanggan tenggelam banjir, saya tak mampu ganti'
Dia menanggung kerugian hampir RM10,000 kerana mesin jahit dan peralatan jahitnya rosak.
Lelaki larikan RM2 juta barang kemas, direman tujuh hari
Lelaki yang terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek curi kabel dikejar polis hingga Jalan Kuching
Seorang suspek kes curi kabel melarikan diri selepas dikejar polis dari Taman Rainbow Sentul hingga ke Jalan Kuching, meninggalkan kenderaan yang mengandungi peralatan jenayah.
AWANI Ringkas: Rayuan Jabatan Peguam Negara didengar esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu Pak Cik Petai: 'Tak adil salahkan PBT, mereka hanya buat kerja' - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata tidak adil untuk menyalahkan MPPD semata-mata dalam isu Pak Cik Petai.
WWF-Malaysia anjur sidang kemuncak Earth Hour, perkasa tanggungjawab belia ke arah masa depan mampan
WWF-Malaysia dengan kerjasama Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University menganjurkan Earth Hour #MYTogetherPossible Youth Summit 2025 bertujuan memperkasakan generasi muda dengan tindakan kolektif ke arah masa depan mampan.

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lepas.
MUDA bantu PSM di PRK Ayer Kuning
Parti MUDA menyokong pencalonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dan akan bekerjasama secara langsung dalam kempen sebagai usaha memperjuangkan politik alternatif yang berprinsip.

Masjid At-Taqwa TTDI anjur iftar perpaduan, jemput 150 bukan Muslim
Program seperti itu memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan serta kefahaman antara komuniti yang berlainan budaya dan agama.
Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di marang
Ambulans yang membawa seorang pesakit wanita dan petugas perubatan terbabas di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok, Marang.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri pecah, menyebabkan ambulans melanggar pokok.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri pecah, menyebabkan ambulans melanggar pokok.

Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.

Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Bekas juara dunia Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas, sebentar tadi.

Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!
Mike Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok.

KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren
Jake Paul mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.

Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.

Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor
YouTuber, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.

Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor.