KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lepas.


Ringkasan AI
  • Pertukaran Pegawai: PDRM mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanan berkuat kuasa Jumaat lepas, termasuk Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.
  • Pengisian Jawatan: Kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur akan diisi oleh Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, sementara beberapa pegawai lain turut dilantik ke jawatan baru di Bukit Aman.
  • Penyusunan Semula: Pertukaran ini melibatkan beberapa jawatan penting di Bukit Aman, termasuk Ketua Penolong Pengarah E9, E3, E6, dan E7 Cawangan Khas serta Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber.


Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran itu, antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Beliau berkata kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, menggantikan Azry Akmar.

"Ketua Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.

"Selain itu, Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman," katanya.

Kamaruzaman berkata Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman DCP Azhar Sepawi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman.

Pertukaran turut membabitkan Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan PengarahSiasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

"Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Abdul Latiff Mehat pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

"Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik Dan Teknologi Bukit Aman SAC Shamsul Amar Ramli dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP," katanya.

Selain itu, Penolong Pengarah E6A Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman.

-- BERNAMA