Ringkasan AI
- Kecaman Terhadap Kritikan: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengecam tindakan menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang hanya menjalankan tugas mereka berhubung isu 'Pak Cik Petai'.
- Penjelasan Kronologi: Aminuddin meminta masyarakat melihat keseluruhan kronologi kejadian sebelum menghukum PBT, kerana video yang tular hanya menunjukkan insiden akhir yang menimbulkan persepsi negatif.
- Penyelesaian dan Pengajaran: Aminuddin bersyukur kerana salah faham berjaya diselesaikan secara baik dan menekankan pentingnya sikap saling menghormati serta mencari punca masalah untuk mengelakkan ketegangan.
Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengulas isu tular membabitkan 'Pak Cik Petai' yang bertindak membuang kesemua barang jualannya di jalan raya sebagai tanda proses kerana tidak dibenarkan berniaga petai menggunakan motosikal.
Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini dan perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet, dengan majoriti meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu.
Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, pihaknya meminta masyarakat tidak terus menghukum anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu sebaliknya merujuk kronologi isu tersebut secara keseluruhan.
Menurutnya, suntingan video yang hanya memaparkan insiden akhir telah menimbulkan persepsi tidak baik masyarakat kepada PBT yang menjalankan tugas diamanahkan.
"Saya harap kejadian berlaku ini dapat dilihat daripada awal hingga akhir, bukan hanya tengok hujung saja kerana akhirnya memberi kesan kepada mereka yang rasa terfitnah.
"Kita akui memang ada berlaku masalah tapi perkara tersebut bermula dengan aduan menjalankan perniagaan di hadapan kedai yang tidak sepatutnya berlaku.
"... dan apabila dinasihatkan berlakulah kejadian seperti itu, mungkin ketika berpuasa dan dalam keadaan marah akhirnya rakyat memberikan penghakiman tidak adil kepada semua," katanya pada Sabtu.
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat supaya bersikap adil dengan tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
"Apabila berita itu sampai ke tangan kita, kita kena melihat secara keseluruhan dan jangan menghukum kepada orang-orang yang tidak sepatutnya terima hukuman," tambah beliau.
Bagaimanapun beliau bersyukur kerana salah faham itu berjaya diselesaikan secara baik antara kedua belah pihak.
"Alhamdulillah semua dapat diselesaikan secara baik. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G Rajasekaran dan Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid kawasan yang bertindak cepat menyelesaikan isu tersebut.
"Ini yang sepatutnya berlaku ketika bulan Ramadan, semoga ini menjadi pengajaran kepada semua untuk sama-sama saling menghormati dan mencari punca apa yang berlaku," katanya. - Sinar Harian
