Mike Tyson tidak sabar-sabar untuk aksi perlawanan tinju menentang pempengaruh media sosial, Jake Paul yang bakal berlangsung esok.

Peninju legenda berusia 58 tahun itu bertindak menampar Paul ketika kedua-duanya bertentang mata pada sesi timbang berat di Arlington, Texas.

Tyson kembali ke gelanggang buat kali pertama selepas 19 tahun untuk aksi tinju yang dinanti-nantikan tahun ini di Stadium AT&T. 

Paul yang terkenal menerusi platfrom Youtube mula aktif bertinju sejak empat tahun lalu.

Menjelang pertarungan ini, Paul banyak melemparkan provokasi terhadap Tyson yang mempunyai rekod 50 kemenangan dengan 44 daripadanya ialah K.O dan hanya tewas enam kali sahaja sepanjang kariernya.

Tyson pernah menjulang gelaran juara heavyweight dari tahun 1987 dan 1990 dan memenangi perlawanan beliau yang pertama seawal usia 19 tahun.  

Pertarungan ini merupakan aksi tinju pertama disiarkan secara langsung oleh penyedia platform Netflix.//