YOUTUBER sensasi Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.
Paul hanya memerlukan kurang dari dua minit untuk menumpaskan Askren yang merupakan bekas petarung UFC dalam aksi ‘Triller Fight Club’ di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.
Dalam pertarungan tersebut, Paul dilihat lebih banyak melakukan asakan, sementara Askren pula dilihat lebih berjaga-jaga, namun turut sekali-sekala melepaskan tumbukan padu ke arah lawannya.
Bagaimanapun, tumbukan tangan kanan deras dari Paul telah menumbangkan Askren, sekali gus memaksa pengadil untuk menghentikan perlawanan.
Meskipun Askren telah bangun dan bersedia untuk berlawan semula, namun pengadil tetap dengan keputusannya untuk tidak meneruskan pertarungan.
Seperti yang dijanjikannya sebelum ini, Paul berjaya ‘menghabiskan’ lawannya dalam pusingan pertama, minit 1:59.
Paul, 24, merupakan seorang selebriti media sosial, pelakon, rapper dan juga petinju yang baru sahaja bertukar status kepada profesional tahun ini.
Dia sering mencetuskan kontroversi menerusi kandungan-kandungan video yang dimuatnaiknya.
Paul sebelum ini telah memenangi dua pertarungan profesional dan satu pertarungan peringkat amatur.
Dia juga merupakan adik kepada seorang lagi pelakon dan YouTuber terkenal, Logan Paul.
Sementara itu, Askren, 36, merupakan bekas juara dunia Bellator MMA dan ONE Championship.
Askren terkenal dengan kemahiran gustinya selain mempunyai rekod profesional dalam sukan MMA sebanyak 20 kemenangan dan dua kekalahan (20 - 2).
Dia juga pernah menjadi juara kebangsaan Divisyen I NCAA serta pernah mewakili Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik di Bejing pada 2008.
Haider Yutim
Sun Apr 18 2021

Paul (kiri) hanya memerlukan kurang dari dua minit untuk menumpaskan Askren yang merupakan bekas petarung UFC dalam aksi Triller Fight Club di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. - Foto Instagram/@jakeydino
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.

Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Bekas juara dunia Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas, sebentar tadi.

Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!
Mike Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok.

KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren
Jake Paul mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.

Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.

Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor
YouTuber, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.

Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor.