Selepas dua hari Indonesia berdepan dengan situasi bantahan terhadap keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres 2019) yang menyaksikan enam penunjuk perasaan terbunuh selain kerosakan yang besar, kerajaan negara itu kini mempertimbangkan untuk menyekat fungsi laman media sosial termasuk Facebook dan Whatsapp buat sementara waktu.
Jelas Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto, ia terpaksa dilakukan bagi menghalang berlakunya penyebaran berita palsu dan khabar angin yang bermungkinan boleh menambah lagi risiko keadaan yang buruk.
Sehingga kini kerajaan Indonesia terpaksa menempatkan lebih empat puluh ribu anggota keselamatan di sekitar ibu kota Jakarta bagi mengawal keadaan yang semakin huru hara dan masuk hari kedua.
Malah sebahagian besar premis-premis perniagaan dan pejabat selain stesen kereta api terpaksa ditutup buat masa ini kerana protes yang berlangsung.
Protes berkenaan tercetus apabila penyokong calon yang tewas, Prabowo Subianto tidak berpuas hati dengan pengumuman kemenangan Joko Widodo ataupun Jokowi dalam pemilihan presiden pada 17 April lalu.
Selain enam yang maut dan ratusan yang cedera, sehingga kini pihak polis telah menahan lebih 257 suspek yang dipercayai memulakan rusuhan tersebut.
Dalam pada itu Prabowo dalam satu kenyataan menggesa agar penunjuk perasaan tidak terbabit dengan keganasan sebaliknya ia protes perlu berjalan dengan aman.
“Saya menggesa semua pihak yang menyatakan aspirasi mereka, polis, tentera dan semua pihak menahan diri dari tindakan fizikal,” katanya dalam satu taklimat yang diadakan.
Sementara itu Presiden Jokowi pula dalam satu kenyataan berkata tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan.
“Saya tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang menganggu keselamatan atau mereka yang mengganggu proses demokrasi atau perpaduan negara," katanya dalam satu taklimat di Istana Presiden.
Salah seorang pegawai kempen Prabowo berkata mereka kini dalam perancangan untuk mencabar keputusan pemilihan ke Mahkamah Perlembagaan hari ini.
Agensi
Thu May 23 2019
Sehingga kini kerajaan Indonesia terpaksa menempatkan lebih empat puluh ribu anggota keselamatan di sekitar ibu kota Jakarta bagi mengawal keadaan yang semakin huru hara dan masuk hari kedua. - Foto Reuters
Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan
Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
Bidaan nombor plat 'ANU' kutip RM2.3 juta - JPJ Perak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan siri 'ANU' sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.
Duta Korea Selatan di Malaysia beri penghormatan kepada mangsa nahas Jeju Air
Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung-bae, pada Selasa memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Jeju Air yang meletup dan terbakar selepas merempuh tembok konkrit Ahad lepas.
PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.