SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mahu mengukuhkan hubungan dan memastikan lebih banyak projek menang-menang dengan Malaysia, sempena ulang tahun ke-100 Tambak Johor.
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.
"Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan dan jalinan kita untuk 100 tahun akan datang. Singapura dan Malaysia sedang bekerjasama dalam pelbagai projek -- kesihatan, pendidikan, budaya dan perdagangan, serta dalam bidang baharu seperti ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui," katanya di media sosial pada Jumaat.
Sementara itu, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata Tambak Johor adalah ikon hubungan unik persaudaraan, persahabatan dan sejarah yang terjalin antara Singapura dan Johor.
"Ia telah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi begitu banyak generasi rakyat Singapura dan Malaysia yang melintasi antara laluan darat paling sibuk di dunia, kadang-kadang setiap hari," katanya di Facebook.
Balakrishnan berkata Singapura dan Malaysia komited untuk membuat penambahbaikan yang signifikan pada masa depan ketika hubungan itu terus mendalam dan berkembang.
"Saya teruja untuk melihat siapnya Sistem Transit Rapid dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura," tambahnya.
Pada pagi Jumaat, menteri itu menyertai sambutan ulang tahun ke-100 di Tambak Johor yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Johor, sambil menyatakan rasa terima kasih kepada Pemangku Raja Johor Tunku Mahkota Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana menganjurkan sambutan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun. -Gambar fail/Bernama

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.

Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi.

PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.

Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari
Sebagai jiran rapat dan anggota pengasas ASEAN, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama, luas, dan pelbagai bidang.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.

Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.