SEORANG doktor berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun kerana memukul seorang pesakit, yang kemudiannya meninggal dunia, lapor pihak berkuasa Rusia.
Memetik laporan CNN, pesakit berkenaan dipukul pada 29 Disember di Hospital Belgorod City No.2 di Rusia.
Menurut Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Belgorod, pihak berkuasa membuka kes jenayah pada 30 Disember berikutan laporan bedah siasat yang mendedahkan pesakit mengalami kecederaan otak yang traumatik.
Doktor yang terbabit itu telah dipecat dan perbuatannya itu diklasifikasikan sebagai kecuaian kerana tidak ada bukti beliau berhasrat untuk membunuh pesakit itu.
Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku apabila pesakit berkenaan menendang seorang jururawat ketika prosedur rawatan.
Selepas mendapati apa yang berlaku, doktor tersebut mula menyerang pesakit itu dengan menumbuk serta memukul pada bahagian kepala mangsa.
Difahamkan, perbuatan doktor memukul pesakit tersebut juga telah dirakam dalam sistem kamera litar tertutup (CCTV) di hospital dan tersebar luas di media sosial.
Bagaimanapun, pihak siasatan berkata kes itu sudah dalam siasatan bahkan sebelum rakaman video tersebut viral di media sosial.
Kedua-dua nama doktor dan pesakit tidak didedahkan.
Kohilah Sekaran
Mon Jan 11 2016

Seorang doktor berhadapan dengan hukuman penjara dua tahun kerana memukul seorang pesakit, yang kemudiannya meninggal dunia, lapor pihak berkuasa Rusia. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.

Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025
Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele.

Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.

WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza.

Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak
Sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan bahawa mereka membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meramalkan risiko permulaan kanser daripada imej hati berlemak, lapor Jiji Press.

Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.

Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.

Hospital Tung Shin terus berpegang teguh pada visi membantu komuniti setempat
Hari ini, Tung Shin telah berkembang menjadi kemudahan penjagaan kesihatan tertiari akut yang komprehensif.

Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.

PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis
Industri kanabis Thailand dianggar bernilai AS$1.2 bilion menjelang beberapa tahun akan datang.