GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat menyambut baik pemindahan perubatan pertama 21 kanak-kanak penghidap kanser dari Gaza sejak penutupan Rafah pada awal Mei, sambil menegaskan bahawa "lebih banyak perlu dilakukan."
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza, lapor Agensi Anadolu yang memetik jurucakap Tarik Jasarevic pada sidang media PBB di Geneva.
Jasarevic berkata 6,000 daripada mereka mengalami trauma, dan lebih daripada 2,000 lagi menghidap penyakit kronik.
"Sejak penutupan Rafah, kami tidak mempunyai sebarang pemindahan perubatan sehingga semalam, membabitkan 21 kanak-kanak penghidap kanser," katanya, sambil menggesa:
"Kita perlu membuka semula Rafah dan mana-mana pintu sempadan lain untuk membawa mereka keluar supaya nyawa mereka dapat diselamatkan. Kita benar-benar perlu menyokong penyambungan semula pemindahan perubatan.
"Apa yang berlaku semalam adalah dialu-alukan, tetapi lebih banyak perlu dilakukan," tegasnya.
Ketua WHO Tedros Ghebreyesus juga menyambut baik pemindahan itu dan dalam hantaran di platform X beliau menyatakan: "Kami merayu supaya pemindahan perubatan dipermudahkan melalui semua laluan yang mungkin, termasuk Rafah dan Karem Shalom, ke Mesir, Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan dari situ ke negara lain jika perlu."
"Kami merayu untuk pemindahan perubatan yang berterusan dan proses yang selamat, tepat pada masanya, telus dan teratur," kata Tedros, menekankan bahawa pesakit ini "amat memerlukan" rawatan khusus untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Anadolu juga melaporkan seorang pegawai komunikasi kanan agensi PBB untuk pelarian Palestin, yang menyertai sidang media PBB secara maya dari Gaza Tengah, menegaskan bahawa setiap hari di Gaza keadaan adalah "yang terburuk pernah dialami."
"Saya rasa kami telah berkomunikasi sepanjang tempoh perang ini, bagaimana keadaannya, bagaimana ia semakin buruk. Setiap hari kami di sini, ia adalah yang terburuk yang pernah dialami. Tidak pernah menjadi lebih baik," kata Louise Wateridge.
Wateridge juga membangkitkan masalah mengenai keadaan sampah yang tidak terkawal di kawasan yang terkepung dan berkata ia semakin menimbun mengganggu kehidupan penduduk.
"Ia semakin teruk dan dengan suhu yang semakin meningkat, ia benar-benar menambah penderitaan kepada keadaan hidup di sini," katanya sambil menambah bahawa penduduk terpaksa hidup di sekitarnya.
Beliau juga menekankan bahawa musim panas juga memburukkan lagi keadaan penduduk Gaza kerana kebanyakan mereka tinggal di tempat perlindungan sementara yang diperbuat daripada kepingan plastik.
"Suhu di dalam kepingan plastik lebih tinggi daripada di luar kepingan plastik," katanya, sambil menambah: "Ia benar-benar tidak tertanggung bagi orang ramai untuk hidup dalam keadaan ini."
Mengenai penutupan Rafah, beliau menekankan bahawa walaupun dengan Rafah dibuka, "tidak pernah ada bantuan yang mencukupi memasuki Semenanjung Gaza sepanjang perang ini."
"Tetapi terdapat sistem. Orang ramai mendapat makanan. Orang ramai mendapat air," katanya. "Terdapat rentak harian untuk kelangsungan hidup orang ramai."
Walau bagaimanapun, selepas Mei, keadaan kembali menjadi "kacau-bilau" apabila operasi kemanusiaan terjejas teruk oleh lanjutan operasi ketenteraan dan 1.4 juta orang dipaksa berpindah dari Rafah ke tempat di mana semuanya adalah runtuhan tanpa akses kepada air, sanitasi dan makanan.
Israel, mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan di Gaza sejak 7 Okt 2023.
Lebih 37,700 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 86,400 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Lebih lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar Gaza musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang keputusan terbaru memerintahkan ia segera menghentikan operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, iaitu lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza. - Reuters
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025
Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele.
Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.
WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza.
Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak
Sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan bahawa mereka membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meramalkan risiko permulaan kanser daripada imej hati berlemak, lapor Jiji Press.
Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
Hospital Tung Shin terus berpegang teguh pada visi membantu komuniti setempat
Hari ini, Tung Shin telah berkembang menjadi kemudahan penjagaan kesihatan tertiari akut yang komprehensif.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis
Industri kanabis Thailand dianggar bernilai AS$1.2 bilion menjelang beberapa tahun akan datang.