Gol kemenangan dramatik yang dijaringkan pemain gantian, Rodrigpo Muniz, pada minit ke-65 memastikan Fulham mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge dengan menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi tadi.
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan, di mana Muniz dan Harry Wilson masuk merencanakan kebangkitan dramatik itu.
Pemain kebangsaan Wales, Wilson, melakukan tandukan jarak dekat untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-82 sebelum Muniz memastikan tiga mata buat Fulham dengan penyudah leretnya ke penjuru bawah gawang Robert Sanchez dalam waktu kecederaan.
Sebelum itu, jaringan Cole Palmer seawal minit ke-16 kelihatan sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat tuan rumah tetapi The Blues terpaksa akur tewas aksi liga buat kali pertama sejak 20 Oktober lalu, yang juga kekalahan ketiga mereka musim ini.