Kebakaran itu merupakan kali keempat yang terbesar dalam sejarah di negeri tersebut.
"Dari atas, kami melihat banyak kayu, beberapa padang rumput dan beberapa jurang hutan yang sangat curam serta menyukarkan api kebakaran dipadam.
"Jadi apa yang kita lakukan hari ini ialah memanfaatkan cuaca. Kami melihat beberapa kawasan lembab. Kami akan berusaha mendekati sedekat mungkin dengan punca aktif api dan cuba menghentikannya.
"Antara kaedah adalah memotong pokok di kawasan itu (untuk memperlahankan dan menghalang api daripada merebak)," kata seorang pegawai bomba.
Lebih 6,000 anggota bomba di Lembah Tengah California dikerah ke lokasi untuk memadamkan kebakaran terbesar di AS pada Sabtu.
Kebakaran dilaporkan bermula apabila seorang individu menolak sebuah kereta yang terbakar ke sebuah gaung setinggi 60 kaki berhampiran Chico, California pada 24 Julai lalu.
Kebakaran tersebut telah merebak ke lebih 400,000 ekar kawasan hutan.