SAN FRANCISCO: Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island secara keseluruhan, kata pegawai pada Jumaat.
Kebakaran Durkee, yang dicetuskan oleh kilat pada 17 Julai, merupakan kebakaran terbesar di Amerika Syarikat setakat ini. Pegawai berkata kebakaran hanya 20 peratus terkawal pada Jumaat, kata Xinhua.
Sementara itu, sebuah pesawat tangki dengan seorang juruterbang yang dikontrak oleh Biro Pengurusan Tanah AS, hilang pada Khamis semasa memadamkan satu lagi kebakaran hutan, Kebakaran Falls, berhampiran bandar Seneca di pinggir Hutan Negara Malheur.
Pesawat itu ditemukan pada pagi Jumaat, kata pihak berkuasa, yang turut mengorbankan juruterbangnya dalam nahas itu.
Kebakaran Falls telah merebak seluas 219 batu persegi (567 km persegi) dengan 55 peratus terkawal, menurut laman web kerajaan InciWeb.
Setakat Khamis, kebakaran hutan telah merebak hampir 1 juta ekar (4,047 km persegi) di Oregon dan 125,900 ekar (509 km persegi) di negeri Washington setakat tahun ini, menurut Pusat Koordinasi Antara Agensi Barat Laut di Portland, Oregon.
Di California, Kebakaran Park telah memaksa pemindahan lebih 4,000 penduduk di Butte County, utara bandar ibu negeri California, Sacramento. Kebakaran itu merebak tanpa terkawal dari 125,000 ekar (505 km persegi) pada Khamis ke 164,200 ekar (664 km persegi) pada pagi Jumaat, menurut Jabatan Perlindungan Kehutanan dan Kebakaran California.
Lebih 110 kebakaran aktif yang meliputi 2,800 batu persegi (7,250 km persegi) dicatatkan di seluruh negara pada Jumaat, menurut Pusat Kebakaran Antara Agensi Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Kebakaran Durkee, yang dicetuskan oleh kilat pada 17 Julai, merupakan kebakaran terbesar di Amerika Syarikat setakat ini. Pegawai berkata kebakaran hanya 20 peratus terkawal pada Jumaat. - Gambar/ Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar
Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.

Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.

Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.