Bolivia kini dilaporkan bersiap sedia menghadapi tahun yang berpotensi mencatat rekod kebakaran hutan terburuk, didorong oleh kemarau dan aktiviti pembersihan tanah.
Ia susulan kegiatan penternakan lembu yang semakin berleluasa serta pengeluaran bijirin di Santa Cruz yang merupakan hab pertanian di negara itu.
Meskipun api dilaporkan marak selama beberapa minggu, asap di bandar-bandar seperti Santa Cruz dan Cochabamba semakin memburuk.
Situasi itu sekaligus menyebabkan paras pencemaran udara tertinggi di dunia.
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.
Presiden Bolivia, Luis Arce telah menggesa bantuan antarabangsa dan berjanji bahawa usaha kerajaan "tidak akan berhenti" sehingga kebakaran berjaya dipadamkan.
Sementara itu, Wilber Melgar, wakil Orang Asli di wilayah Ibon Del Beni yang juga terjejas akibat kebakaran, menyalahkan para penternak kerana menggunakan kaedah tebas dan bakar untuk membersihkan kawasan pertanian.