Presiden Barack Obama meminta dunia segera menyalurkan bantuan kepada Afrika Barat sebagai usaha mengekang penularan wabak Ebola.
Tegasnya, negara terlibat, Liberia, Sierra Leone, Guinea, Nigeria dan Senegal amat memerlukan bantuan masyarakat global dari segi pakar perubatan, ubat-ubatan serta dana.
Jelas Obama, epidemik Ebola di Afrika Barat bukan sahaja menjejaskan rantau berkenaan, malah ia berpontesi mengancam dunia.
Jika tidak diatasi segera, ratusan ribu orang akan terjejas sekaligus menggugat ekonomi, politik dan memberi impak negatif kepada dunia.
“Realitinya, epidemik ini akan menjadi lebih teruk. Tetapi, sekarang dunia masih berpeluang untuk menyelamat mereka yang masih hidup. Dunia bertanggungjawab untuk bertindak mengambil langkah yang sewajarnya. Amerika Syarikat akan terus meningkatkan usaha kami dan akan terus memastikan dunia turut serta membantu mereka yang memerlukan,” tegas Obama.
Ketegasan itu disampaikan Obama selepas taklimat di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Atlanta.
Beliau pada masa sama mengumumkan Ketua Tentera Amerika di Afrika, Mejar Jeneral Darryl Williams akan mengetuai pusat gerakan tentera yang berpangkalan di Liberia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran jumlah kes Ebola di Afrika Barat meningkat sekali ganda setiap tiga minggu dan krisis itu boleh menelan belanja sehingga ASD1 bilion.
Astro Awani
Wed Sep 17 2014

Obama minta dunia salur bantuan, kekang wabak Ebola

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kematian Jimmy Carter: Negara kehilangan pemimpin luar biasa - Biden
Sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS) menyampaikan ucapan takziah atas kematian Bekas Presiden AS dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Jimmy Carter pada Ahad.

Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.

Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.

Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.

Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.

Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.

Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.

Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.