Jeju Air mohon maaf susulan tragedi yang mengorbankan 179 penumpang
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
Agensi
Sun Dec 29 2024
Pihak pengurusan Jeju Air tunduk memohon maaf atas insiden nahas dan kebakaran melibatkan pesawat miliknya yang dipercayai telah mengorbankan hampir kesemua penumpang dan kru, di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pada Ahad. -Reuters
SEOUL: Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Jeju Air dalam satu kenyataan di media sosial syarikat memaklumkan, pihaknya akan melakukan segala yang termampu bagi membantu pihak yang terlibat susulan tragedi ini.
"Kami di Jeju Air akan melakukan segala yang terdaya sebagai respons kepada nahas ini.
"Kami memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.