Ringkasan AI
- Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat dalam nahas pagi tadi.
- Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea.
- Dalam kejadian jam 9.07 pagi tadi, pesawat yang membawa 181 penumpang dan kru terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. Hanya dua mangsa terselamat, manakala baki 179 penumpang dan kru terkorban.
Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kementerian melalui kedutaan besar akan terus memantau rapat insiden tersebut.
“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat tersebut.
"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Republik Korea,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kejadian jam 9.07 pagi tadi, pesawat berkenaan yang membawa 181 penumpang dan kru terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan.
Pihak berkuasa mengesahkan hanya dua mangsa terselamat manakala baki 179 penumpang dan kru terkorban.