Pegawai berkata agensi bomba, polis dan pasukan forensik kebangsaan telah menyelesaikan pencarian terakhir di bahagian ekor pesawat Jeju Air -- satu-satunya bahagian yang kekal utuh daripada nahas dan letupan -- lewat malam Sabtu.
Pihak berkuasa berkata sebarang penemuan tambahan mayat atau barangan peribadi adalah adalah tidak mungkin.
Pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang yang pulang dari Bangkok, terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis, mengorbankan semua kecuali dua orang di dalamnya.
Operasi pencarian dijalankan sepanjang minggu lalu untuk mengeluarkan mangsa, manakala pasukan penyiasat bersama melaksanakan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca nahas.
Kesemua 179 mayat telah ditemui, dan 151 daripadanya telah diserahkan kepada keluarga masing-masing bersama barangan peribadi yang dikenal pasti, lapor agensi itu.
Tidak termasuk tiga sekeluarga, baki 25 mayat dijangka diserahkan kepada keluarga mereka pada lewat hari ini.
-- BERNAMA