Dalam satu hantaran di Instagram, keluarganya memaklumkan, mendiang Foreman merupakan seorang tokoh kemanusiaan, pemenang pingat Olimpik dan juara dunia dua kali yang berdisiplin, berprinsip dan sentiasa mempertahankan nama baiknya demi keluarga.
"Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian insan tersayang kami, George Edward Foreman Sr.
"Mendiang menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pada 21 Mac 2025, dikelilingi oleh insan tercinta," kata keluarganya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi peninju itu.
Dikenali dengan gaya tinju agresif dan pukulan bertenaga, Foreman kehilangan gelaran pertamanya kepada Muhammad Ali dalam perlawanan ikonik "Rumble in the Jungle" pada tahun 1974.
Dilahirkan pada 10 Januari 1949 di Marshall, Texas, Foreman dibesarkan bersama enam beradik oleh ibu tunggal mereka di Houston selepas berpindah ke sana sewaktu kecil.
Pada usia 19 tahun, dalam pertarungan amatur ke-25, beliau memenangi pingat emas heavyweight di Sukan Olimpik 1968 di Mexico City, menandakan permulaan karier profesionalnya.
Sebagai petinju profesional, Foreman memenangi 37 perlawanan berturut-turut sebelum menewaskan juara bertahan Joe Frazier di Kingston, Jamaica, melalui kemenangan teknikal knockout dalam pusingan kedua.
Selepas mempertahankan gelaran itu dua kali, beliau berdepan Muhammad Ali dalam perlawanan bersejarah di, di mana strategi “rope-a-dope” oleh Ali menyebabkan Foreman tumbang pada pusingan kelapan.
Mendiang Foreman menamatkan kerjaya profesionalnya pada tahun 1997 dengan rekod 76 kemenangan dan hanya lima kekalahan, menjadikannya legenda paling disegani dalam dunia sukan tinju.
Beliau berkahwin empat kali pada era 1970-an dan 1980-an dan perkahwinan kelimanya bersama Mary Joan Martelly pada tahun 1985 kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan lima anak lelaki dan tujuh anak p
erempuan.
George Foreman, tinju, meninggal dunia
