Ringkasan AI
- Pemandu bas ekspres cedera parah, 20 penumpang cedera ringan dalam kemalangan dengan lori treler di Lebuh raya Elite.
- Bas melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri.
- Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.
"Bas terbabit secara tiba-tiba melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri. Lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Senawang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Penumpang bas serta pemandu lori treler yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
