KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Sabtu.

Seri Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra bersama mereka yang terkesan serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di PPS Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, PPS yang mula dibuka pada 20 Mac itu menempatkan 313 mangsa banjir.



Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat ke PPS Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru yang menempatkan 435 mangsa banjir.

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia turut menyumbang kit penjagaan kebersihan diri dan bantuan perubatan kepada setiap keluarga di PPS.