Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pada Ahad.
"Rakan suspek juga akan serah diri dalam masa terdekat," katanya ringkas dalam kenyataan, pada Ahad.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara di Petaling Jaya, pada Sabtu.
Menurut Hussein, suspek ditahan 10.15 malam di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, dan pihaknya menemukan semula sejumlah barangan kemas yang disamun.
"Penjenayah dipercayai menggunakan senjata disyaki sepucuk pistol semasa melakukan samun," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan menggunakan senjata api.
