KUALA LANGAT: Polis giat memburu empat penjenayah bertopeng yang menyamun dua kediaman di Taman Banting dan Simpang Morib, Banting di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.45 dan 7 pagi.
Menurutnya, kes itu melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai sarung muka dan bersenjatakan parang.
"Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
"Kedua-dua kejadian itu melibatkan keseluruhan kerugian berjumlah RM13,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, usaha mengesan kesemua suspek masih giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pihaknya di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 29 2023

Polis buru empat penjenayah yang menyamun dua kediaman di Banting. -Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan
Polis berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga esok.

Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.

Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.

Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.

Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.

Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.

Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.